Soalan Popular
Saya takut untuk menjalani dialisis.
Tidak mengapa, datang sahaja ke sini, semua staf akan membantu anda. Mereka juga akan menyediakan minuman dan biskut semasa proses dialisis. Anda hanya perlu membawa nasi jika ingin makan di sini. Jika di hospital, kebanyakan pesakit atau ahli keluarga perlu membantu menguruskan, termasuk memasang wayar atau hal lain yang berkaitan.
Bagaimana dengan jadual masa rawatan?
Jadual rawatan berdasarkan kekosongan yang tersedia. Rawatan dilakukan sebanyak 2 hingga 3 kali dalam seminggu, atau menyesuaikan kebutuhan pesakit.
Adakah prosedur ini menyakitkan atau tidak selesa?
Prosedur ini secara umumnya tidak menyakitkan, tetapi anda mungkin berasa sedikit tidak selesa semasa jarum dimasukkan untuk akses vaskular. Sesetengah pesakit juga mengalami sedikit keletihan atau kekejangan otot semasa atau selepas rawatan.
Adakah bayaran dikenakan semasa menjalani rawatan?
Sebahagian besar kos rawatan biasanya ditanggung oleh GL (Guarantee Letter) melalui majikan pasangan, insurans, atau program bantuan kerajaan seperti Skim Perubatan Madani (jika layak). Pastikan anda menyemak kelayakan anda dengan pihak berkaitan.
Bagaimanakah jadual rawatan saya akan terjejas semasa cuti umum atau kecemasan?
Pusat dialisis biasanya akan memaklumkan kepada pesakit mengenai sebarang perubahan jadual semasa cuti umum. Dalam keadaan kecemasan, anda dinasihatkan untuk menghubungi pusat dialisis untuk panduan lanjut.
FAQ
Soalan Umum
Apakah persiapan yang perlu dilakukan sebelum memulakan hemodialisis?
Anda mungkin perlu menjalani prosedur untuk akses vaskular, mengambil ujian darah rutin, dan mendapatkan taklimat daripada pasukan penjagaan kesihatan mengenai proses rawatan serta diet yang perlu diikuti.
Bagaimana dengan jadual masa untuk cuci?
Jadual rawatan adalah berdasarkan kekosongan yang tersedia. Rawatan dilakukan sebanyak 2 hingga 3 kali dalam seminggu, atau menyesuaikan kebutuhan pesakit.
Adakah prosedur ini menyakitkan atau tidak selesa?
Prosedur ini secara umumnya tidak menyakitkan, tetapi anda mungkin berasa sedikit tidak selesa semasa jarum dimasukkan untuk akses vaskular. Sesetengah pesakit juga mengalami sedikit keletihan atau kekejangan otot semasa atau selepas rawatan.
Bagaimanakah saya boleh menguruskan pengangkutan ke pusat dialisis?
Sesetengah pusat dialisis menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk pesakit. Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada keluarga atau menggunakan perkhidmatan teksi atau e-hailing.
Adakah bayaran dikenakan semasa menjalani rawatan?
Sebahagian besar kos rawatan biasanya ditanggung oleh GL (Guarantee Letter) melalui majikan pasangan, insurans, atau program bantuan kerajaan seperti Skim Perubatan Madani (jika layak). Pastikan anda menyemak kelayakan anda dengan pihak berkaitan.
Bagaimanakah jadual rawatan saya akan terjejas semasa cuti umum atau kecemasan?
Pusat dialisis biasanya akan memaklumkan kepada pesakit mengenai sebarang perubahan jadual semasa cuti umum. Dalam keadaan kecemasan, anda dinasihatkan untuk menghubungi pusat dialisis untuk panduan lanjut.
Berapakah kos rawatan ini, dan apakah yang termasuk dalam kos tersebut?
Kos meliputi sesi dialisis, ujian darah rutin, dan khidmat penjagaan semasa rawatan. Anda dinasihatkan untuk berbincang dengan pihak pusat dialisis atau pegawai kewangan mengenai perkara ini.
Bolehkah saya masih bekerja atau melancong semasa menjalani hemodialisis?
Ya, ramai pesakit masih mampu bekerja dan melancong. Pusat dialisis terdapat di seluruh dunia, dan pasukan penjagaan kesihatan anda boleh membantu mengatur rawatan di pusat berhampiran destinasi anda.Content
