Pusat Hemodialisis Paduka

Pusat Hemodialisis PADUKA (dahulu dikenali sebagai Pusat Hemodialisis As-Salam) adalah selari dengan permintaan dan keperluan semasa bagi membantu pesakit yang mengalami masalah buah pinggang untuk mendapatkan rawatan dialisis dengan lebih baik dan sempurna. Selain itu juga, ia dapat membantu pihak hospital kerajaan bagi menampung penempatan yang begitu terhad untuk para pesakit membuat rawatan.

Berpaksikan kepada visi kami iaitu mewujudkan sebuah pusat hemodialisis lengkap dengan perkhidmatan yang professional berlandaskan prinsip Islam serta misi yang diterapkan dengan menyumbang terhadap penjagaan serta rawatan kesihatan berteraskan syariat islam dan mengambil langkah positif meningkatkan status kesihatan untuk menikmati kehidupan yang lebih bermutu, dapat menjamin bahawa perkhidmatan diberikan adalah berkualiti.

Dengan tertubuhnya Pusat Hemodialisis Paduka pertama pada 29 Mac 2012, yang terletak di PT 432 & 433, Bangunan MDPM, Kg Jias, 17000 Pasir Mas, Kelantan, kami berharap dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik serta caj yang dikenakan adalah berpatutan dengan jaminan kualiti yang mantap.

Pusat Hemodialisis Paduka juga telahpun mempunyai 5 lagi cawangan iaitu di Gunong, Bachok yang mula beroperasi pada 1 Ogos 2019, Pasir Puteh pada 1 April 2020, Tumpat pada 8 Februari 2021, Bukit Bunga pada 2 Januari 2022, Tanah Merah pada 3 April 2023 dan akan berkembang lagi 5 cawangan iaitu di Ketereh, Pasir Mas 2, Machang, Marang, Terengganu dan Kajang, Selangor. Ianya satu perkembangan yang sangat positif dalam memenuhi objektif kami. Selain itu juga, kami dalam proses untuk pembelian 1 pusat hemodialisis terletak di daerah Kota Bharu yang telah beroperasi dengan anggaran nilaian sebanyak RM 1.0 juta hingga RM 1.5 juta dalam tempoh masa terdekat.

Secara konklusinya, memaksimumkan kepuasan pesakit adalah satu tanggungjawab dan kemestian buat kami agar semua pihak sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan berkualiti tinggi yang disediakan serta menjadi sebuah syarikat bumiputera dan menjadi salah satu pusat dialisis terbaik di Malaysia

Sejarah Penubuhan